Rabu, 27 Julai 2011

Tips Cinta `Muda` Ketika Tua

Tip Mengembalikan Cinta `Muda` ketika Tua
Istiqamahkan solat berjemaah dengan pasangan. Carilah kaedah bersama untuk menguatkan hubungan dengan Allah . Ingatlah, cinta Allah modal kita untuk mencintai manusia.
 Jangan abaikan makan bersama di rumah. Jika boleh, makan dalam bekas yang sama sekali-sekala
Berkebun atau memasak bersama. Berkongsi hobi atau minat bersama
Luangkan masa berjalan-jalan, memandu bersama pasangan.
 Bercerita sambil mengimbau kenangan-kenangan manis bersama
Lawati semula tempat-tempat yang menjadi nostalgia bersama seperti masjid di mana anda diijabkabulkan, lokasi tempat anda `berbulan madu` dan sebagainya.
Ziarah orang yang pernah berjasa dan berbudi dalam kehidupan anda berdua samada pada awal usia perkahwinan atau masa kini
Baca, lihat, tonton semula majalah, album gambar atau filem-filem yang boleh mengembalikan kenangan manis bersama
Ziarah pusara ahli keluarga atau sahabat rapat anda berdua
Sekali-sekala buat kejutan dengan memberi hadiah, kad ucapan, sekuntum bunga atau jemputan makan di luar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan