Isnin, 25 Julai 2011

Kebaikan berpuasa mengikut kajian sains

Tanggal 1 Ogos ni dijangkakan penduduk Islam di Malaysia dan mungkin
seluruh dunia akan memulakan ibadat puasa. Untuk kita yang
menjangkau umur tinggi ni, kita dah berpuasa banyak kali dah.

Kat sini saya nak listkan sedikit kebaikan berpuasa ni mengikut
kajian sains para bijak pandai.

1. Allan Cott, M.D - Pakar dari Amerika hasil pengumpulan maklumat
dari para ilmuwan lain.
1. To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara
fizikal dan mental).
2. To look and feel younger (merasa lebih muda).
3. To clean out the body (membersihkan badan)
4. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan
tekanan darah dan kadar lemak.
5. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks).
6. To let the body health itself (membuat badan sihat dengan
sendirinya).
7. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).
h. To sharp the senses (menajamkan fungsi sense).
i. To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan
diri sendiri).
j. To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).


2. Dr. Yuri Nikolayev - Pengarah bahagian diet di Moscow:
Dia cakap "What do you think is the most
important discovery in our time? The radioactive watches? Exocet
bombs? In my opinion the bigest discovery of our time is the
ability to make onself younger phisically, mentally and spiritually
through rational fasting.



3. Alvenia M. Fulton - Direktor Lembaga Makanan Sihat "Fultonia" di
Amerika Syarikat menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik untuk
memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi. Puasa
menghasilkan kelembutan pesona dan daya pikat. Puasa menormalkan
fungsi-fungsi kewanitaan dan membentuk kembali keindahan tubuh
(fasting is the ladies best beautifier, it brings grace charm and
poice, it normalizes female functions and reshapes the body contour)



4. Muzam MG, Ali M.N dan Husain berpendapat bahawa puasa juga
selamat untuk pesakit yang mempunyai gangguan ulser. Penelitian
dilakukan oleh Muzam MG, Ali M.N dan Husain dalam tindakan terhadap
kesan puasa Ramadhan terhadap sakit perut.



5. Elson M. Haas M.D. - Direktor Medical Centre of Marin (sejak
1984) mengatakan dalam puasa merupakan bahagian dari trilogy
nutrition, balancing, building( toning). Elson percaya bahawa puasa
adalah bahagian yang hilang "missing link" dalam diet di dunia
barat.

Kebanyakan orang di barat over eating atau terlalu banyak
makan, makan dengan protein yang berlebihan dan lemak yang
berlebihan.

Sehingga ia menyarankan agar orang lain mulai mengatur
makanannya agar lebih seimbang dan mulai berpuasa, kerana puasa
bermanfaat sebagai: purifikasi, peremajaan, istirahat pada organ
pencernaan, anti aging, mengurangi alergi, mengurangi berat badan,
mengawal mental dan emosi, perubahan kebiasaan dari kebiasaan makan
yang buruk menjadi lebih seimbang dan lebih terkawall, meningkatkan
daya tahan tubuh.


Sebenarnya ramai lagi pakar-pakar kesihatan yang mengkaji dan
menilai puasa Ramadan ni. Mereka semuanya memberikan komen bahawa,
Puasa Ramadan = Ajaib.

Jadi kita boleh jadikan peluang yang akan datang minggu depan ni
sebagai satu titik tolak untuk kita berubah. Nasihat saya kepada
semua dan juga kepada diri saya sendiri supaya;

(1) Bersahurlah.
(2) Berbuka nanti kawallah pengambilan makanan.
(3) Lengkapkan terawih jika boleh. Senaman tu!
(4) Bergembiralah dengan puasa ni, jangan kita rasa tertekan, sebab
dipenghujung puasa nanti badan kita akan berubah jadi lebih sihat!

OKlah, dah panjang saya berceloteh kali ni. Semoga kita semua dapat
manfaat!

Selamat Berpuasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan